Friday 27 April 2012

kisah menyeramkan

Kisah seram yang aku alami dalam hidup.

kisah ini berlaku pada tahun 1998 ketika itu aku join satu kem di utara tanah air...pada mulanya aku rasa seronok dapat pergi menyertainya...dalam perjalanan kami semua bergembira seolah-olah pergi  bercuti,kami bertolak  pada sebelah pagi dengan menaiki bas yang di sewa khas..sampai di tempat yang di janjikan pada waktu malam...aku ingat lagi masa nak masuk kawasan tu kami perlu tempuh sebuah kawasan hutan...tiba-tiba salah seorang dari kami mengata..."mau nanti jumpa askar jepun tengah berkawat" itulah kata-kata dari salah seorang dari kami...yang lain tu tak berkata apa-apa...setalah kami turun dari bas kami pun di bawa masuk oleh renjer...yang herannya kami perlu tempuh satu gua...bayangkanlah kami terpaksa berjalan dalam gelap...salah seorang dari kami terpijak benda lembut yang...rasa-rasa aku ia adalah ular...setelah lama kami berjalan kami pun sampai di kem yang di sediakan...kami semua pun bersiaplah untuk tidur kerana...kami perlu bangun awal untuk berjoging...jam lebih kurang pukul 2 pagi waktu itu....entah kenapa ketika itu aku rasa sakit perut...semasa dalam perjalanan tadi renjer ada berkata kalau mahu kemana-mana hendaklah bawa kawan bersama...takut apa-apa terjadi,aku dengan tak tahan lagi aku lihat semua rakan aku tidur dengan nenyak sekali agaknya kepenatan sangat dalam perjalanan....jadi aku ambil keputusan untuk pergi sendirian sahaja...setelah aku selesai..aku keluar aku bertembung dengan rakan sibilik aku...aku pun tanya dia sakit perut ke dan member aku membalas ya...dan dia terus masuk ke bilik air,aku pun terus berjalan ke kem...semasa aku berjalan aku terpandang di dalam hutan...aku lihat pochong sdedang memandang tepat ke arah aku...aku dengan penatnya aku buat tak reti sahaja...lantak kaulah...dalam erti kata lain kepala tengah mai-mai (orang utara kata)aku pun terus menuju ke kem aku dan terus masuk tidur.keesokkan paginya aku tanya kawan aku yang aku jumpa malam tadi dia kata dia tak bangun pergi ke tandas...habis apa yang bertembung dengan aku malam tadi?.malam kedua kami semua berbual di luar hingga lewat malam kira-kira sampai pukul 1 pagi lepas tu kami semua masuk tidur.....pada pukul 3 pagi aku terjaga dan aku mendengar tentera sedang berkawat...bila aku mengintai dari jendela aku benar-benar melihat tentera jepun sedang berkawat di kawasan lapang...semenjak aku melihat perkara-perkara macam tu....aku  jadi senyap dan tiada berkata apa-apa...ada member aku perasan yang aku jadi macam tu...mereka bertanya aku hanya jawap saja je.....malam ketiga pun macam tu...tapi kali ini kawan aku yang mengalaminya...selepas kejadian tu dia pun terus senyap je....dan malam ke empat ada juga kawan lain yang kena....dan bila hari terakhir baru renjer menceritakan yang tempat tu sebenarnya ialah kem askar jepun waktu dahulu...dan renjer berkata siapa yang dapat melihat nya adalah beruntung,bukan senang nak melihatnya....itu lah pengalaman aku semasa aku menyertai kem,dan sampai sekarang aku masih ingat peristiwa itu...itulah cerita yang aku nak share kat korang semua.

No comments: